Baucar Buku MADANI 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan yang memberikan e-baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah KPM yang layak bagi pembelian bahan bacaan melalui platform Delima Book Capital. Manakala bagi pelajar IPT pula, baucar ini boleh ditebus melalui platform MySiswaPlace. Semua murid sekolah dan pelajar IPT yang layak boleh tebus baucar ini mulai 1 Julai 2026.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan budaya membaca serta membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan dan rujukan yang diperlukan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Baucar Buku Madani 2026.
Apa itu Baucar Buku Madani 2026?
Baucar Buku MADANI 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan yang memberikan e-baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah KPM yang layak bagi pembelian bahan bacaan melalui platform Book Capital (https://delima.bookcapital.com.my/). Baucar ini juga diberikan kepada pelajar IPT yang layak, di mana penebusannya di bawah platform MySiswaPlace (https://mysiswaplace.my/).
Program ini turut bertujuan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan generasi muda serta menyokong pertumbuhan industri buku negara.
Menurut beliau, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar, meringankan beban kewangan mereka serta memastikan pendidikan dan akses kepada buku terus diberikan keutamaan.
@beritaalhijrah114 Setiap pelajar sekolah menengah (bawah Kementerian Pendidikan Malaysia) dan institusi pengajian tinggi awam akan terus menerima baucar buku RM 100. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut di Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah
Jumlah Baucar Buku MADANI
Program Baucar Buku MADANI 2026 pada kali ini menawarkan nilai baucar yang sama iaitu sebanyak RM100 untuk setiap penebusan bagi murid sekolah menengah dan juga pelajar IPT.
Tarikh Penebusan
Tarikh mula pelaksanaan pemberian Baucar Buku MADANI 2026 adalah 1 Julai 2026 tertakluk kepada pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan.
Cara Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 Untuk Pelajar Sekolah Menengah
Penebusan secara digital boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Penerima perlu klik pada pautan TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2026 di laman utama DELIMa untuk memulakan proses penebusan di Portal Book Capital.
- Kemudian, daftar akaun di Portal Book Capital menggunakan id DELIMa di pautan atau klik butang ‘Tebus Baucar’ di bahagian atas portal (https://delima.bookcapital.com.my/)
- Log masuk menggunakan akaun DELIMa pelajar.
- Kredit baucar sebanyak RM100 akan dipaparkan dan dikreditkan ke dalam akaun yang layak.
- Pilih buku atau bahan bacaan yang ingin dibeli.
- Buat pembayaran semasa proses checkout menggunakan kredit baucar yang tersedia.
- Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat pelajar yang didaftarkan.

NOTA : Anda perlu mengaktifkan baucar terlebih dahulu dengan log masuk ke akaun DELIMA. Akaun akan diaktifkan decara Single Sign-On (SSO). Kredit baucar RM100 akan dipaparkan pada papan pemuka akaun.

Cara Tebus Baucar Buku Madani 2026 Untuk Pelajar IPT
Bagi pelajar IPT, penebusan baucar buku ini boleh dibuat melalui laman web MySiswa Place (https://mysiswaplace.my/) seperti mana yang dilaksanakan pada tahun 2025 yang lalu.

Buat masa ini, kaedah penebusan belum lagi diumumkan di laman web tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MySiswaPlace.

Soalan Lazim Baucar Buku MADANI 2026
Untuk maklumat lanjut mengenai Baucar Buku Guru ini, sila ikuti laman web rasmi https://delima.bookcapital.com.my/
Apakah Baucar Buku MADANI 2026?Baucar Buku MADANI 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan yang memberikan e-baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah KPM yang layak bagi pembelian bahan bacaan melalui platform Book Capital. Selain itu, pelajar IPT yang layak pula boleh menebus di bawah platform MySiswaPlace.
Apakah objektif program ini?Program ini bertujuan untuk:
– Memperluas akses kepada bahan bacaan berkualiti;
– Memupuk budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat;
– Menyokong pembangunan modal insan berilmu;
– Mengukuhkan industri buku tempatan melalui pendigitalan ekosistem perbukuan.
Seramai 2,039,257 pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan dijangka menerima Baucar Buku MADANI 2026.
Berapakah nilai baucar yang diberikan?Setiap penerima akan menerima e-baucar buku bernilai RM100.
Tarikh mula pelaksanaan pemberian Baucar Buku MADANI 2026 adalah 1 Julai 2026 tertakluk kepada pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan.
Siapakah yang layak menerima Baucar Buku MADANI 2026?Baucar Buku MADANI 2026 ialah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan yang memberikan e-baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah KPM yang layak bagi pembelian bahan bacaan melalui platform Book Capital.
Bagi pelajar IPT, penebusan boleh dibuat melalui platform MySiswaPlace.
Tidak. Penerima akan dikenal pasti berdasarkan data rasmi Kementerian Pendidikan.
Bolehkah pelajar yang telah berpindah sekolah menerima baucar?Ya, tertakluk kepada rekod semasa yang disahkan dalam sistem Kementerian Pendidikan.
Bagaimanakah saya mengaktifkan baucar?– Klik “Tebus Baucar” dan log masuk menggunakan ID dan kata laluan DELIMa.
– Akaun akan diaktifkan secara Single Sign-On (SSO).
– Kredit baucar RM100 akan dipaparkan pada papan pemuka akaun.
Semak:
– Akaun DELIMa yang digunakan;
– Status kelayakan;
– Tempoh pelaksanaan program.
Jika masalah berterusan, klik “Help?” > “Tiket Baru” (Open New Ticket) dan lengkapkan maklumat di “Tiket Bantuan Saya” (My Support Ticket).
Tidak. Pengesahan penerima dilaksanakan menggunakan akaun DELIMa bagi memastikan hanya pelajar yang layak menerima baucar.
Di manakah saya boleh membeli buku menggunakan baucar?Semua pembelian hendaklah dibuat melalui platform rasmi: Portal DELIMa Book Capital .
Adakah pembelian boleh dibuat di kedai buku fizikal?Tidak. Baucar hanya boleh digunakan melalui platform Book Capital.
Apakah jenis buku yang boleh dibeli?Penerima wajib membeli sekurang-kurangnya satu (1) buku daripada kategori “Judul Khas Baucar Buku MADANI 2026”, yang merangkumi bidang Karya Sasterawan Negara, Karya Agung Dunia, Karya Pemenang Anugerah Sastera, Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Geopolitik, Kecerdasan Buatan (AI), Teknologi, Teknologi Maklumat, serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian.
Selepas itu, baki baucar boleh digunakan untuk membeli buku-buku lain yang tersedia di platform Book Capital, yang menawarkan lebih 950,000 judul buku merangkumi pelbagai kategori dan genre bacaan.
Judul Khas ialah kategori buku yang telah disaring dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penilaian bagi menyokong hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa pengumuman pemberian Baucar Buku MADANI 2026 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada 29 Mei 2026 yang menekankan kepentingan membaca bahan berilmu dan berkualiti.
Kategori ini merangkumi:
– Karya Sasterawan Negara;
– Karya Agung Dunia;
– Karya Pemenang Anugerah Sastera;
– Sejarah;
– Falsafah;
– Ekonomi;
– Geopolitik;
– Kecerdasan Buatan (AI);
– Teknologi;
– Teknologi Maklumat (IT);
– Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Kategori ini diwujudkan bagi menggalakkan pembacaan yang dapat memperluas pengetahuan, membina pemikiran kritis serta memperkukuh nilai dan budaya ilmu dalam kalangan pelajar.
Ya. Pelajar diwajibkan membeli sekurang-kurangnya satu (1) Judul Khas sebelum menggunakan baki baucar untuk membeli buku lain.
Tidak. Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja (one-off purchase). Semua buku yang ingin dibeli perlu dimasukkan ke dalam satu transaksi.
Bolehkah saya menyimpan baki baucar untuk pembelian lain?Tidak. Baki baucar yang tidak digunakan dalam transaksi tersebut akan luput.
Bolehkah saya menambah wang sendiri jika nilai pembelian melebihi RM100?Ya. Pelajar boleh membuat bayaran tambahan menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan.
Bolehkah baucar ditukar kepada wang tunai?Tidak. Baucar tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
Bolehkah saya memindahkan baucar kepada orang lain?Tidak. Baucar adalah khusus untuk penerima yang layak dan tidak boleh dipindah milik.
Apakah yang perlu saya lakukan jika buku belum diterima?Semak status pesanan di akaun Book Capital, termasuk maklumat “Shipping Company” dan “Airway Bill (AWB)” / Tracking Number yang dinyatakan pada invois pembelian. Sekiranya terdapat sebarang isu penghantaran atau teknikal, sila klik ikon “Support Ticket” pada invois untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Saya terlupa kata laluan DELIMa. Apa yang perlu saya lakukan?Hubungi Guru Penyelaras DELIMa atau pentadbir DELIMa di sekolah masing-masing.
Akaun saya tidak boleh log masuk ke Book Capital. Apa yang perlu saya lakukan?Pastikan:
– Akaun DELIMa aktif;
– Sambungan internet stabil;
– Pelayar web dikemas kini.
Jika masalah berterusan, klik “Help?” > “Tiket Baru” (Open New Ticket) dan lengkapkan maklumat di “Tiket Bantuan Saya” (My Support Ticket).
Pelajar boleh:
– Klik “Help?” > “Tiket Baru” (Open New Ticket) untuk mengemukakan aduan atau pertanyaan;
– Lengkapkan maklumat yang diperlukan di “Tiket Bantuan Saya” (My Support Ticket) bagi memudahkan semakan dan tindakan lanjut; atau
– Mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah.






