Baucar buku RM100, tebus melalui aplikasi DELIMa mulai hari ini

31 May 2024 • 3:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 31 MEI: Baucar buku RM100 untuk pelajar tahap dua sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh ditebus melalui aplikasi DELIMa mulai 2 petang ini.

KPM memaklumkan penerima yang layak perlu mendaftar masuk di aplikasi itu menggunakan nombor pengenalan diri dan kata laluan sebelum menekan ikon Kota Buku Digital.

“Seterusnya, murid atau pelajar perlu mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.

“Kemudian, murid atau pelajar boleh memilih judul buku yang disukai terutama senarai Judul Cadangan MADANI.

“Setelah selesai memilih, murid atau pelajar dikehendaki daftar keluar dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai. Buku yang dibeli akan dihantar ke alamat yang didaftarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, perdana menteri mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 untuk pelajar tahap dua sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif ini dikembalikan semula bagi menaikkan kegemilangan budaya membaca.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved