
Berita kurang menggembirakan menyelubungi kem Alvaro Bautista menjelang musim baharu World Superbike Championship apabila pelumba Sepanyol itu perlu menambah lagi 1.5kg pemberat pada jenteranya, menjadikan jumlah keseluruhan 8.5kg. Peraturan berat minimum yang diperkenalkan dua tahun lalu terus menjadi cabaran besar buat Bautista, yang musim lalu sudah pun bergelut menyesuaikan diri dengan tambahan berat tersebut.
Menurut laporan media Itali GPOne, peningkatan ini berkait rapat dengan evolusi terbaharu jentera Ducati Panigale yang digunakan pasukan Barni Spark Racing Team. Regulasi menetapkan berat minimum gabungan pelumba dan kelengkapan ialah 80kg, manakala berat minimum motosikal pula 168kg. Situasi ini meletakkan Bautista dalam kedudukan sukar kerana perlu mengimbangi prestasi dan kestabilan jentera dengan beban tambahan.
Untuk rekod, ujian pramusim yang terjejas akibat hujan di Portimao dan Jerez mengehadkan peluang pasukan menilai sepenuhnya konfigurasi baharu. Tumpuan kini terarah ke pusingan pembukaan di Litar Phillip Island, di mana keberkesanan strategi Barni akan diuji dalam keadaan perlumbaan sebenar.
The post Bautista perlu tambah berat 1.5kg untuk musim 2026 appeared first on TW Media.
