Bawa 100 Pekerja Bercuti Di Pulau Pinang, Ramai Nak Minta Kerja Dengan Khairul Aming [Video]

LocalEntertainment
12 Sep 2024 • 3:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Seorang majikan yang bagus pasti akan sentiasa memastikan pekerjanya dapat bekerja dengan baik selain menyediakan kebajikan yang diperlukan.

Malah perkara ini kebiasaannya membuatkan seseorang pekerja itu sukar untuk meninggalkannya kerana tahu titik peluhnya sentiasa dihargai oleh majikan.

Khairul Aming bawa staf bercuti di Pulau Pinang

Perkara sama turut dilakukan oleh influencer dan usahawan, Khairul Aming (KA) yang dilihat membawa kakitangannya bercuti ke Pulau Pinang.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di X, KA telah membawa seramai 100 kakitangannya ke pulau berkenaan menggunakan dua bas.

Tutup kilang selama 5 hari untuk rai pekerja

Malah dia juga turut menutup operasi kilang selama lima hari untuk percutian tersebut.

Apa yang lebih menarik perhatian, dia dilihat meraikan penat lelah staf dengan percutian di hotel lima bintang bersama pemandangan laut, duit belanja, makan serta membayarkan segala segala aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di sana.

Menurut KA, percutian itu merupakan antara perkara wajib yang perlu dilakukan untuk setiap tahun.

“Jangan pelik dengan aku yang pakai macam YB ni, sebab hari tu baru habis meeting (berjumpa) dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon. Haa terus kejar penerbangan datang ke sini untuk sambut dia orang (staf),” katanya dalam video tersebut.

Dalam video berkenaan, kelihatan mereka melakukan beberapa aktiviti ketika berada di Angsana Teluk Bahang iaitu bermain bola tampar pantai.

image is not available

Pekerja tak dibenarkan mesyuarat, atau bincang tentang kerja sepanjang lawatan

Jelas KA sewaktu lawatan bersama syarikat para pekerja tidak dibenarkan untuk mempunyai sebarang mesyuarat, ucapan mahupun perbincangan mengenai prestasi kerja. Ini kerana, dia mahu semua kakitangan bergembira sepanjang lawatan berkenaan.

Sewaktu berada di sana mereka juga sempat berkunjung ke Taman Tema Escape Park Pulau Pinang untuk bermain air serta beberapa lagi aktiviti lain.

Kelihatan wajah-wajah staf yang bekerja dengan KA seronok sepanjang menyertai aktiviti di taman tema berkenaan. Selain itu, mereka juga melakukan aktiviti air seperti bermain Donut boat, Banana Boat, dan juga paragliding.

image is not available

Bersyukur dah empat tahun bersama pekerja yang setia

Bukan hanya itu, KA turut menempah sebuah restoran untuk meraikan kakitangannya dan pada malam tersebut selain makan malam mereka juga berkaraoke.

“Alhamdulillah ini dah masuk tahun keempat aku dengan dia orang (staf) dan mereka pun sangat setia dengan syarikat.

“Terima kasih sangat-sangat walaupun kita hanya ada dua produk sahaja. Kita berdoa agar boleh terus berkongsi rezeki dengan staf-staf kita,” katanya lagi.

Melihat di ruangan balas, ramai yang rasa seronok apabila melihat perkongsian KA. Malah ada juga yang mahu bekerja dengan influencer ini sekiranya ada kekosongan dan peluang di syarikatnya.

Tidak kurang juga ada yang memuji KA sebagai seorang majikan yang bagus kerana terpapar jelas keriangan pekerja yang bekerja dengannya.

“Bestnya, semoga staf makin gembira dan semangat untuk kerja”

image is not available

“Semoga dicontohi majikan lain”

image is not available

“Kami tak cemburu, kami tahu peniaga lain semua nak kejar gelaran billionaire. Sebab itu ketua kedai pun gaji RM2,300.

image is not available