“Nak beli apa-apa, beli terus” – Khairul Aming Dedah Cara Urus Kewangan, Pesan Tak Perlu Berhutang

Entertainment
5 Sep 2024 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh popular, Khairul Aming berpesan kepada orang ramai untuk sentiasa membuat keputusan bijak dalam berbelanja dan tidak mengikut kehendak semata-mata.

Katanya menerusi satu sesi live TikTok baru-baru ini, jangan biasakan diri berhutang demi mencapai kemewahan supaya hidup akan menjadi tenang.

Usahawan kelahiran Kelantan ini menafikan dia mempunyai hidup yang mewah ketika masih bekerja di industri minyak dan gas sebelum ini.

Tak hidup bermewah

Katanya, walaupun gaji permulaan ketika bekerja di industri itu besar, dia bagaimanapun tidak hidup bermewah kerana perlu menanggung komitmen dan perbelanjaan keluarganya.

Khairul Aming mendedahkan dia membesar dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja yang mana bapanya bekerja sebagai pekerja kontrak kerajaan, manakala ibunya hanya bekerja sebagai penjual kuih.

“Situasinya, saya duduk KL. Nak kena tanggung rumah sewa KL, kereta untuk keluarga dan saya juga tanggung ibu bapa saya. Jadi simpanan pun sikit, dalam RM100 atau RM200 sebulan,” ujarnya.

@khairulamingfans_

Qana’ah. Semoga kita semua dikurniakan sifat Qana’ah dalam diri iaitu sentiasa berasa cukup & bersyukur dengan nikmat yang kita ada sekarang @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #sambalnyet #dendengnyetberapi #quotes #islam #qanaah

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

Cara Khairul Aming urus kewangan

Mengulas lanjut, Khairul Aming menjelaskan kenapa dia tidak memilih untuk berada dalam kehidupan mewah sedangkan pendapatan bulannya jauh lebih cukup.

“Orang kata kenapa tak bermewah-mewah? Bila kau dalam keadaan yang mana duit tu cukup tapi kau harap kau ada lebih dan bila diberikan rezeki lebih, kau tak nak dah ada dalam keadaan tu.”

Kongsinya, dia hanya meningkatkan jumlah pendapatannya tetapi tidak menaikkan jumlah perbelanjaan.

image is not available

“Apa yang saya buat, saya naikkan pendapatan tapi kekalkan perbelanjaan sampailah ada satu jurang besar antara pendapatan dan perbelanjaan. Masa tu, baru saya upgrade lifestyle dengan ambil sebahagian pendapatan.

“Nak beli apa-apa, beli terus. Boleh bayar secara tunai, boleh buat tu, boleh buat sendiri. Tak payah nak hutang sangat, kau boleh tidur dengan tenang,” pesannya.

Terdahulu, Khairul Aming menjadi bualan ramai selepas menerima undangan daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran di ibu kota.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.