Bawa 2 Watak Berbeza, Park Boyoung Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Unknown Seoul’

Entertainment
25 Jul 2024 • 3:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sibuk betul Park Bo-young dengan pelbagai tawaran lakonan!

Terbaru pada 25 Julai, media melaporkan bahawa Park Bo-young akan muncul dalam drama baru berjudul “Unknown Seoul”.

Namun, agensinya masih belum memberi sebarang respon lagi setakat ini.

image is not available

Dalam drama ini, wanita itu dijangka akan memainkan dua watak iaitu sebagai saudara kembar. Pertama, yang rajin belajar dan tinggal di Seoul manakala yang kedua tinggal di luar bandar.

Pada satu hari, mereka mengalami perubahan yang tidak dijangka sehingga terpaksa menukar kehidupan.

Nantikan info lanjut mengenai “Unknown Seoul”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.