“Tak Mudah..” – Menang Anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik’, Park Boyoung Menangis Beri Ucapan

Entertainment
20 Jul 2024 • 11:07 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai kan yang dah layan drama “Daily Dose of Sunshine”?

Baru-baru ini di majlis anugerah ‘Blue Dragon Series Awards’, Park Bo-young telah dinobatkan sebagai ‘Pelakon Wanita Terbaik’ untuk lakonan hebatnya dalam siri Netflix “Daily Dose of Sunshine”.

Ketika memberikan ucapannya, wanita itu mengaku bahawa ianya tidak mudah untuk memainkan watak Jung Da-eun dalam drama berkenaan,

Ia tidak mudah sama sekali melakonkan watak Jung Da-eun. Semua rakan sekerja jururawat mengharungi penggambaran bersama saya. Kami sentiasa berpelukan dan memuji satu sama lain kerana bekerja keras. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua.

Kemudian, Park Bo-young turut membuat ramai tersentuh dengan berkata,

Jika anda melalui malam yang gelap dan panjang, saya harap anda tidak terlalu letih dan akan bertahan sehingga penghujung untuk melihat pagi. Terima kasih.

Tahniah Park Bo-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.