
Penyanyi, Aina Abdul membuat kejutan istimewa kepada peminat yang hadir ke konsert Imaji Tour dengan membawa kucing kesayangannya ke atas pentas.
Akui pernah mempunyai rasa takut terhadap haiwan comel tersebut, pelantun lagu Jadi Ajar Aku itu luahkan rasa lega kerana dapat mengatasi rasa ketakutannya.
“Sebenarnya siapa yang mengenali saya tahu saya seorang yang sangat takut kucing.
“Saya punya ketakutan itu gila-gila memang takut, jadi pencapaian terbesar saya dalam hidup adalah apabila saya mampu mengatasi ketakutan saya terhadap kucing,” ujar Aina.

