Bawa anak shopping di Uptown, netizen puji Zain Saidin – “Dapat bantu peniaga tempatan..”

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 11:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Zain Saidin

Pelakon Zain Saidin membawa anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana membeli belah di Uptown Kota Damansara bagi meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-10 tahun, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zain atau nama lengkapnya Mohamad Zain Mohd Saidin di laman TikToknya, Aaisyah yang pertama kali menjejakkan kaki di tempat tersebut dibenarkan untuk membeli 10 jenis barang sempena hari jadinya.

Zain Saidin

“Kita dah dekat kat Uptown Kota Damansara, ini kali pertama Aaisyah datang sini dia tak pernah datang. Jadi saya nak tunjuk Aaisyah kat sini ada apa.

“Dia boleh beli 10 benda sebab hari jadi yang ke 10 tahun,” kata Zain.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat Aaisyah membeli beberapa barang termasuklah alat solek, kipas mini, topi, baju dan kasut sukan.

Zain Saidin

image is not available

image is not available

image is not available

Anak artis shopping kat uptown aje

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Zain memilih untuk membeli belah di Uptown yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan menjana pendapatan.

image is not available image is not available

Bagus, ajar anak untuk bersederhana

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu kagum dengan cara Zain mendidik anaknya untuk hidup secara sederhana walaupun pada dasarnya mereka mampu untuk membeli barangan mewah.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan Che Ta bersama Zain pada 2013 selain turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Sumber: TikTok @Zain Saidin