Bawa bayi bersama, isteri cemas suami dirasuk sebelum sampai tempat berubat

Family & Parenting
28 Jun 2024 • 8:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang isteri cemas suami dirasuk di dalam kereta sebelum mereka tiba ke tempat mengubati gangguan mistik yang dialami.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Aretiqaahh, dia menceritakan dia berdepan detik cemas apabila suaminya secara tiba-tiba berubah kelakuan pada 27 Jun lalu.

Ketika kejadian berlaku, mereka turut membawa seorang bayi yang baru beberapa bulan yang juga berdepan dengan gangguan.

Isteri cemas suami dirasuk

Kongsi ibu anak satu itu, mereka dalam perjalanan untuk berubat selepas suami mengalami demam selama 3 minggu setiap kali tibanya waktu Maghrib termasuk bayi.

Entah bagaimanapun, suami secara tiba-tiba berhenti menghentikan kereta di tengah jalan lalu menoleh ke arah isteri denga senyuman menyeramkan.

Lebih menyeramkan, lelaki berkenaan mengilai panjang di dalam kereta yang membuatkan dia membawa bayi untuk keluar daripada kereta.

“Suami saya demam lepas maghrib selama tiga minggu. Dia rasa ada yang tak kena dengan dia dan dia dalam perjalanan ke sana dan dia memandu.
“Tiba-tiba sesuatu berlaku..bayangkan di dalam kereta itu cuma saya, bayi dan suami. Kau toleh ke kanan, dia dah tersenyum-senyum pandang kau,”ceritanya.

image is not available

Takut ‘suami’ terkam baby

Lantas, wanita berkenaan segera membawa bayinya keluar daripada kereta sebelum dibantu oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Pada awalnya, tiada sesiapa yang berani mendekati kerana keadaan suaminya yang agak agresif.

Dia hanya mampu mengucap kalimah suci berulang kali untuk menenangkan diri.

“Alhamdulillah, orang kampung ramai datang. Aku dan baby dah keluar dari kereta tu sebab takut dia terkam baby.
“Menggigil satu badan, hanya Allah saja tahu perasaan aku masa tu,”katanya.

image is not available

image is not available

Dia sendiri nak pergi berubat

Wanita itu memberitahu suaminya sendiri mahu pergi berubat pada waktu malam dan telah berdepan dengan gangguan sebegitu sebelum mendirikan rumah tangga lagi.

image is not availableimage is not available

Tambahnya lagi, benda yang menganggu mereka bukanlah saka, sebaliknya hantu raya yang dihantar oleh seseorang.

image is not available

@tiaahhhh282

Replying to @nor ashikin yahya hidup zaman sihir sgt struggle..kadang kita tak tahu punca..tapi akibatnya kita yang tanggung..dr zaman sebelum kahwin sampai sekarang..still ikhtiar mana2

♬ original sound – Aretieqaahh – Aretieqaahh

Sumber: TikTok @tiaahhhh282