Pernah Tular Miliki 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Menimang Cahaya Mata Ke-12

Entertainment
26 Jun 2024 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan suami isteri yang pernah tular, Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail kerana memiliki 11 zuriat selamat menimang cahaya mata ke-12 pada jam 3.43 petang kelmarin.

Shamsuri, 39, yang juga seorang pengamal perubatan Islam berkata, dia dan isteri dikurniakan cahaya mata lelaki namun belum memberi nama kepada bayi mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Kota Bharu, Kelantan.

Jelas Shamsuri lagi, dia bersyukur kerana dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata dan lega kerana urusan isteri, Rosnaida, 38, sepanjang melahirkan bayi mereka dipermudahkan.

“Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri yang tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin.”

Tambahnya, bukan sahaja dia dan isteri, anak-anak mereka yang lain juga teruja dapat adik baru dan sebagai suami, Shamsuri berterima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata.

“Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya.”

Dalam pada itu, Shamsuri juga tidak menolak jika ada rezeki untuk melahirkan anak lagi pada masa yang akan datang kerana baginya anak itu adalah anugerah daripada Allah SWT serta pembawa rezeki dan penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun mereka berkahwin.

Sebelum ini kisah Shamsuri tular di TikTok kerana kerana dikurniakan 11 cahaya mata terdiri daripada enam lelaki serta lima perempuan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.