“Bawa Bertenang, Belum Lagi Adoi..” – Amelia Christie Jelaskan Penampilan Berhijab

LocalEntertainment
18 Dec 2024 • 1:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
amelia christie

Baru-baru ini, pelakon terkenal Amelia Christie mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video mengenakan jubah dan tudung labuh. Penampilan itu membuatkan ramai beranggapan dia sudah berhijrah sepenuhnya.

Namun, Amelia tampil menjelaskan perkara sebenar melalui Instagram Storynya. Menurut Amelia atau nama sebenarnya Amelia Christie Lim, dia masih belum berhijab sepenuhnya.

Penampilan dengan jubah dan hijab buat ramai tertanya-tanya

image is not available

Sebelum ini, kapsyen Amelia dalam video tersebut turut mencuri tumpuan. Dia meluahkan rasa syukur atas segala ujian yang diberikan dalam hidupnya. Perkongsian itu membuatkan peminatnya menyangka perubahan besar sedang berlaku dalam hidupnya.

Walaupun begitu, Amelia menegaskan bahawa ia bukan petanda dia telah berhijrah sepenuhnya, tetapi hanya satu penampilan yang membawa makna tertentu.

Bawa bertenang kawan-kawan ku. Belum algi adoii…

image is not available

#OhmediaNasihat

Setiap perubahan adalah proses yang mengambil masa dan datang dengan kesedaran. Kita tidak seharusnya membuat spekulasi tentang perjalanan hidup seseorang.

Hormati keputusan mereka dan terus berdoa agar diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram