Penampilan Terbaru Amelia Christie Undang Perhatian Ramai

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 9:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penampilan terbaru pelakon, Amelia Christie yang tampil berjubah dan berhijab dalam satu video di TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

Amelia atau nama penuhnya Amelia Christie Lim dilihat berjalan dengan penuh sopan menuju ke suatu lokasi dengan penampilan muslimahnya itu.

Imej Muslimah Amelia Christie curi perhatian

@amelialim__

Terimakasih ya Allah, caramu mendewasakanku sungguh luar biasa.

♬ original sound – Amelia Lim – Amelia Lim

Pelakon berusia 24 tahun ini tampil dengan mengenakan jubah labuh serta hijab yang menutup aurat dengan sempurna. 

Imej tersebut bukan sahaja mencuri tumpuan, malah mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan peminat.

Terima kasih Ya Allah, cara Mu mendewasakan ku sungguh luar biasa.

Doa dan pujian daripada warganet

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Amelia dalam imej muslimah itu. 

Ramai juga yang mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam berhijab dan menutup aurat.

#OhmediaNasihat

Penampilan muslimah yang dipamerkan Amelia Christie ini bukan sahaja memberi inspirasi, malah mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga aurat dan mendekatkan diri kepada Allah. Perubahan kecil ke arah kebaikan pasti membawa keberkatan jika dilakukan dengan ikhlas.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tiktok Amelia Christie