Bawa masuk jururawat Indonesia? Kena fikir kepentingan awam dahulu -Dr Dzulkefly

LocalHealth & Fitness
12 Aug 2025 • 11:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan, sebarang keputusan berhubung cadangan mengambil jururawat Indonesia bekerja di negara ini perlu mengutamakan kepentingan awam.

Nak ambil jururawat Indonesia kena fikit kebajikan warga KKM juga

memetik kenyataan beliau di platform X, cadangan tersebut perlu diambil kira banyak hal termasuklah kebajikan warga KKM.

“Ia juga perlu mengambil kira kepentingan kebajikan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara,” katanya.

image is not available

Alu-alukan cadangan SPA berkenaan jururawat Indonesia, tapi…

Menurut beliau lagi, pihaknya mengalu-alukan cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menjalankan kajian terperinci berhubung perkara itu.

Malah, beliau telah mengarahkan supaya kerjasama penuh diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan kajian tersebut.

image is not available

KKM akan teruskan usaha atasi kekurangan jururawat

Bagaimanapun, jelas Dzulkefly, buat masa ini KKM akan meneruskan usaha mengatasi masalah kekurangan jururawat melalui pendekatan pelbagai kaedah.

“Hakikatnya, tiada penyelesaian segera untuk mengatasi keadaan sukar yang sebahagiannya berpunca daripada keputusan kita sendiri (sebagai contoh moratorium terhadap sekolah kejururawatan swasta yang telah ditamatkan pada 2024 serta tiada pengambilan baharu di ILKKM semasa pandemik selama dua tahun),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan cadangan Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru untuk mengadakan kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia. Cadangan itu bertujuan membolehkan jururawat dari negara tersebut berkhidmat di sini memandangkan kira-kira 70 peratus pesakit antarabangsa di Malaysia berasal dari Indonesia.

image is not available

sekadar gambar hiasan

Namun, kata Dzulkefly, setakat ini tiada sebarang rundingan rasmi atau permohonan diterima berhubung cadangan berkenaan.

Pihak KKM juga tidak pernah menerima maklumat atau cadangan rasmi daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia berkaitan perkara itu tersebut.

Sumber: X Dzulkefly Ahmad