Bawa Nama Malaysia, UTK PDRM Cemerlang Di China
Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Pasukan itu meraih dua pencapaian membanggakan dalam pertandingan “Sharp Blade 2025” International Sniper Competition yang berlangsung di Urumqi, Xinjiang, China dari 13 hingga 19 Julai 2025.
Untuk info, pertandingan antarabangsa ini menyaksikan penyertaan hebat daripada 26 negara. Ini termasuk China, Rusia, Vietnam, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia dan Afrika Selatan.
Seramai 110 peserta membentuk 55 pasukan sniper, dengan 45 pasukan bertanding secara rasmi manakala 10 pasukan bertindak sebagai pemerhati.
Dalam penyertaan sulung ke pertandingan berprestij itu, pasukan sniper UTK berjaya mencipta kejayaan membanggakan.
Mereka membawa pulang Anugerah “Best Teamwork” serta pingat perak dalam kategori Drone Assisted Sniping.
https://www.facebook.com/rentapbisa/posts/pfbid0DBKPJoh46Ld86QXhG1Ann2zw3TaJ2ab8B4Aa5N2bniWeN7brNcEfgTJegCztNKVgl
Penyertaan UTK dalam pertandingan ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan pasukan elit PDRM di peringkat global.
Malah, ia mencerminkan tahap latihan, kesiapsiagaan dan keupayaan anggota dalam melaksanakan tugas dalam persekitaran bertekanan tinggi dan berteknologi canggih.
Lebih membanggakan, ini merupakan penyertaan pertama UTK dalam kejohanan tersebut yang menggunakan senjata pinjaman dari pihak China.
Tahniah, UTK PDRM.
Sumber: Rentapbisa/FB
The post Bawa Nama Malaysia, UTK PDRM Cemerlang Di China appeared first on Siakap Keli.



