Bawa Skuter Dalam Keadaan Mabuk, Suga BTS Ditahan Polis

LocalEntertainment
7 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Anggota BTS iaitu Suga ditahan pihak polis Korea Selatan bagi membantu siasatan selepas mereka menemui penyanyi itu menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.

Memetik laporan Yonhap News, Suga atau nama sebenarnya Min Yoon-gi ditahan di Balai Polis Yongsan kerana telah melanggar undang-undang berkenaan menunggang skuter dalam keadaan mabuk.

Suga BTS ditahan polis, memandu dalam keadaan mabuk

image is not available

Di Korea Selatan, skuter hanya boleh disewa sekiranya seseorang individu itu mempunyai lesen memandangkan risiko menggunakan kenderaan itu agak tinggi.

Menurut pihak polis, Suga ditemui bersendirian dan dalam keadaan sedang berbaring di kawasan Yongsan-gu pada malam 6 Ogos selepas tidak mampu mengimbangi tubuhnya dengan baik.

image is not available

Pegawai polis yang sedang melakukan rondaan telah menemui Suga dan ketika cuba membantunya, penyanyi itu berbau alkohol lalu pegawai itu menghantarnya ke balai polis berdekatan.

Susulan itu, orang ramai termasuk peminatnya mengecam tindakan Suga yang dikatakan boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain.

Dalam pada itu, syarikat pengurusan Suga iaitu HYBE masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan insiden penahanan penyanyi tersebut.

image is not available

Sekadar info, Suga kini sedang berkhidmat dalam tentera sebagai ejen perkhidmatan sosial yang mana dia beroperasi mengikut jadual sembilan hingga enam dan boleh keluar setiap hari untuk pulang ke rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved