”Bayar Cukai Ni Memang Sampai Mati” – Rozita Che Wan

LocalEntertainment
9 Jan 2025 • 10:49 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Rozita Che Wan

Pelakon sensasi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menarik perhatian ramai apabila berkongsi mengenai pembayaran cukai sebanyak RM50,000 secara tunai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Menerusi hantaran di media sosialnya, Che Ta memaklumkan bahawa bayaran tersebut adalah baki cukai untuk tahun lepas.

Selesai sudah baki bayaran tahun lepas. Bayar cukai ini memang sampai mati.

Spekulasi isu notis bankrap terhadap Rozita Che Wan

image is not available

Sebelum ini, desas-desus mengenai Che Ta dikaitkan dengan isu kegagalan membayar cukai sehingga wujud notis bankrap yang dikatakan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam.

Namun begitu, Che Ta tampil menjelaskan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai notis tersebut. Malah, pelakon itu menegaskan bahawa segala urusan pembayaran cukai dilakukan secara konsisten melalui ejen yang dilantik.

Isu hutang MARA juga pernah dibangkitkan

image is not available

Selain isu cukai, nama Che Ta pernah terpalit dengan isu pinjaman hutang bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM1 juta. Aktres itu bagaimanapun mengakui telah melunaskan separuh daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak RM500,000.

Walaupun sering menjadi bahan spekulasi, Che Ta tetap tampil tenang dalam menjawab isu-isu yang melibatkan namanya.

#OhmediaNasihat

Bayar cukai adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat. Jangan tunggu sehingga ada tindakan undang-undang, sebaiknya rancang dan selesaikan pembayaran secara berkala. Bagi yang menjalankan perniagaan, pastikan akaun anda diselia dengan baik supaya kewangan tidak menjadi beban.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram