“Memang Sampai Mati…” – Rozita Che Wan Kongsi Resit Bayar Cukai LHDN RM50K

LocalEntertainment
9 Jan 2025 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon sensasi, Rozita Che Wan berkongsi mengenai pembayaran wang cukai sebanyak RM50,000 yang dilunaskan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) secara tunai di media sosialnya baru-baru ini.

Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu walau bagaimanapun tidak memperincikan mengenai pembayaran cukai tersebut.

image is not available

Selesai sudah baki bayaran tahun lepas. Bayar cukai ini memang sampai mati #LHDN

Sebelum ini muncul desas desus mengatakan pelakon itu gagal membayar cukai LHDN sehingga wujud notis isytihar bankrap oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam.

@rozitachewan1

Ramai jer manis di depan , mengata di belakang .. paham ! . #kaftancheta #cheta #rcw #rozitachewan #fyp

? Angkat – Mimifly

Namun begitu, aktres itu memaklumkan tidak tahu menahu mengenai notis itu kerana dia tidak mempunyai masalah dengan LHDN kerana konsisten membayar cukai melalui ejen yang dilantik.

Rozita terdahulu ada terpalit dengan isu pinjaman hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM1 juta namun sudah melunaskan separuh daripada sebanyak RM50,000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

"Saya Hilang Keluarga, Kerjaya, Segalanya" - Hana Adnan Tidak Mungkin Bersahabat Kembali Dengan Watie Elite Gara-Gara Insiden Muflis