“Bayar di sini RM100, di balai RM300” – Warganet Berang, Pelancong Dari UK Diminta Bayar Saman ‘On The Spot’

Entertainment
28 Jan 2024 • 8:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah video yang memaparkan seorang anggota polis trafik tular di aplikasi X, hari ini setelah ‘kantoi’ meminta pasangan pengembara dari United Kingdom (UK) membayar saman di balai sebanyak RM300 atau secara ‘on the spot‘ sebanyak RM100.

Menurut hantaran @doktorrezz, pasangan itu sedang dalam perjalanan untuk mengelilingi dunia dan sedang berada di Malaysia buat masa sekarang.

Pasangan tersebut juga difahamkan kerap memuat naik video mereka di YouTube.

Namun, apa yang membuatkan netizen menjadi marah adalah tindakan seorang polis yang ‘tidak segan silu’ meminta rasuah daripada pasangan tersebut.

“Pasangan ini baru kena saman dengan polis sebab bawa laju. Ada pilihan nak bayar kat balai polis RM300 atau bayar RM100 kat polis di situ.”

“Saya tak tahu pula kita ada pilihan macam ini?”

Dalam video tersebut, seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik memberitahu pasangan terbabit bahawa terdapat dua pilihan untuk membayar saman yang dikenakan.

“Bayar di balai polis atau bayar di sini? Jika bayar di balai, RM300. Bayar sekarang, RM100,” kata polis itu.

Susulan ketularan video tersebut, warganet menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar melakukan siasatan secepat mungkin kerana terang-terangan terdapatnya unsur rasuah.

image is not available

“Tidak boleh dimaafkan. Saya minta maaf @TREADtheglobe. Rasa malu menjadi orang Malaysia. Baguslah sempat rakam. Moga perkara ini dapat menjadi pengajaran buat pegawai beruniform yang lain,” kata Dila.

“Nampak sangat dia biasa minta. Chill je, macam makan duit haram itu perkara normal,” kata Tk.

“Satu dunia tahu Malaysia negara korup, malu la sikit! Dengan orang asing pun hang dah tak segan silu lagi,” kata Farahin.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.