Bayar Lebih RM60 Dianggap Berbaloi? Pengurus F&B Dedah Sisi Gelap Bufet Ramadan

Entertainment
27 Mar 2024 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain membeli juadah di bazar Ramadan, berbuka puasa dengan bufet Ramadan di hotel atau restoran menjadi pilihan orang ramai jika tidak mahu memasak.

Banyak hotel dan restoran akan menawarkan pakej bufet berbuka puasa tanpa had bergantung kepada harga tertentu.

Semakin mahal harga pakejnya, semakin mewah juadah yang disajikan tetapi betul ke ia berbaloi seperti yang dikatakan?

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok bernama Tuan Saify Akhtar tampil mendedahkan ‘sisi gelap’ mengenai pakej bufet berbuka puasa yang dianggap berbaloi oleh orang ramai.

Dia yang juga pengurus dalam bidang F&B menyatakan penawaran harga bufet melebihi RM60 merupakan satu scam kerana kualiti hidangan yang disediakan oleh setiap restoran adalah sama sahaja.

@saify.akhtar

Bro, kalau you bayar more than RM60 for Ramadan Buffet, you dah kena scam! It’s all about quantity, bukan quality tau. Sini I share to all of you about the darkside of Ramadan Buffet. If you nak sangat makan buffet, tunggu bos or your client jemput, then baru you pergi. Correct or not? #Buffet #BukaPuasa #Puasa #Ramadan #KLFoodie #ResipiMudah #ResipiBuka #Foodie #BuffetPuasa #BuffetTerbesar #MenuViral #MalaysiaFoodie #ResipiSimple

♬ original sound – Saify Akhtar – Saify Akhtar

“Kebanyakan bufet semuanya sama. Kau bayar RM30 atau RM300, sama ada hotel 2 star atau 5 star, semua kualiti makanan adalah sama. Mereka hanya lebihkan kuantiti bukan kualiti (makanan),” katanya.

Selain itu, walaupun banyak makanan mahal dihidangkan, majoriti pelanggan akan mengambil makanan berbuka yang murah seperti kuih-muih, bubur dan minuman yang menyebabkan pelanggan cepat kenyang dan tidak sempat merasa makanan mahal tadi.

Dedahnya lagi, penyedia bufet pula hanya memfokuskan pada bulan Ramadan sahaja kerana boleh mendapatkan keuntungan setara 6 bulan iaitu tiga hingga lima kali ganda kerana kos yang rendah.

image is not available

Dia juga menyentuh isu pembaziran makanan yang berlaku di Malaysia yang mana bufet salah satu penyumbang kepada masalah tersebut.

Baginya, adalah lebih baik untuk memilih menu ala-carte jika mahu membelanjakan wang yang lebih kurang sama dengan harga bufet kerana kualitinya lebih terjamin.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.