
Bayar RM1,400 Untuk Telefon, Lelaki Kecewa Peniaga Beri Bungkusan Straw
Malang tidak berbau, seorang lelaki di Singapura berasa kecewa selepas menerima bungkusan straw dan bukanya telefon pintar berjenama seperti yang dibelinya secara atas talian di salah satu platform e-dagang baru-baru ini.
Lapor Mothership, mangsa memaklumkan bahawa pada asalnya dia mahu mengambil kesempatan atas jualan 10.10 yang dibuat oleh platform itu dengan membelikan isterinya telefon baharu.
Selama beberapa minggu, dia sudah membuat tinjauan ke atas model telefon yang ingin dibeli sebelum memutuskan untuk membuat pembelian semasa ia dijual dalam jualan istimewa 10.10.
Mangsa dilaporkan turut membayar sebanyak RM1,400 untuk telefon itu iaitu kurang RM600 daripada harga asal yang dijual secara fizikal di kedai.
Namun selepas menerima bungkusan itu, mangsa berasa pelik kerana bungkusan tersebut kelihatan kecil dan rata, serta berasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Lelaki itu mengambil keputusan untuk membuka bungkusan itu dan akhirnya kecewa apabila mendapati tiada apa-apa selain straw bubble tea hitam di dalamnya.
Pada awalnya, dia meragui dengan penjual telefon di platform itu kerana individu berkenaan merupakan penjual baharu.
“Saya menghantar gambar kepada rakan saya untuk mendapatkan pengesahan, namun dia tidak menemui apa-apa masalah dengan senarai yang diberi.
“Selepas itu baru saya memutuskan untuk mencuba membelinya ternyata itu adalah satu penipuan,” katanya dengan kesal.
Dia turut menghubungi khidmat pelanggan untuk platform itu namun pada ketika ini dia masih belum menerima maklum balas daripada pihak mereka.
Oleh kerana itu, dia membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan polis turut berkongsi bahawa mereka sedang menyiasat kes itu.
Menyamar jadi kedai sebenar
Walaupun ulasan yang diberikan kurang pada kedai itu, mangsa mengetepikan firasatnya buruknya, namun kecewa setelah menyedari penjual itu menyamar menjadi kedai yang sebenar.
Mangsa berfikir bahawa kemungkinan kedai itu sedang mengadakan jualan penghabisan stok, oleh itu mereka menjual murah di platform berkenaan.
Selepas ditipu, lelaki itu pergi ke halaman penjual sekali lagi dan mendapati ada lima ulasan yang menggambarkan pengalaman sama yang dia alami.
Setelah kejadian itu, penjual yang berurusan dengan mangsa tidak lagi ditemui di platform e-dagang tersebut dan mangsa memutuskan untuk membeli telefon di kedai fizikal selepas pengalaman yang dirasai.
Sumber: Mothership
The post Bayar RM1,400 Untuk Telefon, Lelaki Kecewa Dapat Bungkusan Straw appeared first on Siakap Keli.

