Lelaki Patah Hati, Lamaran Cinta Ditolak Depan Ribuan Orang

18 Oct 2022 • 11:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang lelaki di New York berpatah hati dan terpaksa berdepan detik amat memalukan selepas lamarannya ke atas teman wanitanya ditolak mentah-mentah dalam kejadian di sebuah stadium hoki ais baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Malah lebih memilukan, detik kecewa itu berlaku di hadapan kira-kira 17,255 penonton yang hadir ke malam perlawanan pembukaan Liga Hoki Kebangsaan (NHL) antara pasukan New York Islanders dan Florida Panthers ketika itu.

Lelaki itu dengan berani menanggalkan bajunya dan menunjukkan dadanya yang dihiasi dengan ayat ‘Tolong katakan ya ya ya’ sambil melutut di depan teman wanitanya – juga disaksikan oleh ribuan penonton lain.

Namun tindakan beraninya tersebut ibarat memakan diri apabila sesetengah penonton lain bergurau dengan melaungkan ayat ‘Katakan tidak’ supaya wanita itu menolak lamarannya.

Malangnya sorakan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila wanita tersebut dilihat segera beredar dari tempat duduknya meninggalkan lelaki berkenaan hingga membuatkannya terdiam dan kecewa.

Setelah wanita itu beredar, lelaki tersebut mengambil masa untuk menghadam perkara berkenaan sebelum menikmati air di tempat duduknya dan tidak diketahui sama ada wanita itu kembali ke tempatnya ataupun tidak.

Insiden memalukan itu turut mendapat perhatian daripada wartawan NHL, Dan Rosen yang memuat naik ciapan di Twitter mengenai kejadian tersebut.

“Seorang lelaki menanggalkan bajunya dan tulis di dadanya dengan ayat “Tolong kata ya ya ya” dan turut melutut untuk melamar.

“Kamera beralih ke arah lain. Tetapi saya dapat melihatnya dari bilik media. Gadis itu bangun dan beredar dari situ. Dan Panthers menjaringkan gol,” katanya.

Spekulasi di Twitter mengatakan bahawa kejadian tersebut palsu, tetapi ada seorang lelaki menidakkan perkara itu dan menambah lelaki yang tidak berbaju itu kemudiannya duduk dengan kecewa selama dua minit.

Dalam pada itu, video yang disiarkan dalam siaran NHL tersebut tular dan mendapat perhatian orang ramai sehingga penonton menghantar ciapan gambar lelaki itu dengan kapsyen bertanya:

“Adakah dia berkata ya atau tidak? #IslesNation perlu tahu,” ujarnya.

Dalam pada itu, kejadian bertambah buruk buat peminat New York apabila Florida Panthers menjaringkan gol hanya beberapa saat selepas lamaran itu berlaku.

Malam bagi lelaki itu tidak menjadi mudah apabila Panthers terus menjaringkan gol dan membuka jalan untuk ke arah kemenangan dengan memenangi perlawanan pembukaan NHL musim ini dengan kemenangan 3-1.

Sumber: Daily Mail