Pelakon dan penyanyi Lufya Omar sekali lagi menjadi perhatian selepas meluahkan rasa tidak puas hati berhubung bayaran mutaah dan nafkah anak yang diterimanya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Lufya memuat naik paparan transaksi bank yang menunjukkan dua bayaran berjumlah RM300 dan RM150, dipercayai membabitkan nafkah anak serta bayaran mutaah.
AdvertisementMenurut Lufya, jumlah bayaran RM150 sebulan menimbulkan persoalan mengenai tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan bayaran mutaah berkenaan.
View this post on Instagram
“Kalau bayar RM150 sebulan bila nak habis bayar hutang? Hak dari mutaah saya masuk account anak. Apa kemenangan yang kamu gebangkan? Jumlah itu dikira adalah daripada kemampuan kamu. Tapi kalau bayar macam ni sampai bila nak habis hutang?”
Lufya Omar Dakwa Nafkah Anak Semakin Berkurang
Dalam perkongsian sama, Lufya turut mendakwa jumlah nafkah anak yang diterimanya semakin berkurangan selepas dia menarik semula satu kes sebelum ini.
“Duit nafkah anak makin turun ya selepas saya tarik kes. Syariah Malaysia sangat slow! Bila nak maju?”
Lufya turut meluahkan pandangannya mengenai sistem pembayaran nafkah dan mencadangkan agar diwujudkan mekanisme yang membolehkan bayaran dibuat secara terus mengikut pendapatan bapa.
Menurut Lufya, tindakannya terus bersuara bukan kerana masih mahu mengungkit kisah lama, sebaliknya kerana perkara tersebut melibatkan hak anaknya, Haura.
“Bertahun-tahun cakap baik diri sendiri dan keluarga MASIH LAGI TIDAK ADA KESEDARAN. Move on? Hey! Ini hak Haura! Bersiap sedia dengan balasan Allah. Saya tidak menghalalkan setiap perbuatan kamu terhadap kami selama ini.”
Kongsi Tentang Ciri-Ciri Individu Narsistik
Dalam hantaran berasingan, Lufya turut berkongsi mengenai ciri-ciri individu yang disifatkannya sebagai narsistik, antaranya mempunyai ego tinggi, kurang empati, gemar memanipulasi keadaan serta suka mengawal pasangan.
Bagaimanapun, Lufya tidak menyatakan secara jelas individu yang dimaksudkan menerusi perkongsian berkenaan.
Terdahulu, Lufya Omar pernah menjelaskan sebab dia membuat tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suaminya selepas mendakwa melalui pelbagai pengalaman pahit sepanjang perkahwinan mereka.
Walaupun jumlah yang diputuskan tidak menyamai tuntutan asalnya, Lufya sebelum ini menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu kemenangan buat dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dulu Saya Ditindas Dengan Kezaliman Dan Kecurangan" - Lufya Omar Imbas Fasa Gelap, Dedah Sebab Tuntut Mutaah RM 1 Juta
The post “Bayar RM150 Sebulan Bila Nak Habis Bayar Hutang?” – Lufya Omar Persoal Bayaran Mutaah & Nafkah Anak Dari Dr Che Hafiz Semakin Berkurang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





