“Dulu Saya Ditindas Dengan Kezaliman Dan Kecurangan” – Lufya Omar Imbas Fasa Gelap, Dedah Sebab Tuntut Mutaah RM 1 Juta

Entertainment
14 Aug 2026 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan penyanyi Lufya Omar membuka kembali kisah kehidupannya selepas melalui perceraian kira-kira enam tahun lalu, termasuk fasa sukar yang didakwanya dipenuhi tekanan emosi dan kewangan.

Menurut Lufya, dia pernah meninggalkan kerjaya dan memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga sebelum perkahwinannya berakhir. Situasi tersebut menyebabkan dirinya berada dalam keadaan tertekan sehingga mengambil keputusan untuk menutup pintu hati dan memberi fokus kepada anak serta keluarga.

Advertisement
View this post on Instagram

Lufya turut mendedahkan pernah berdepan dilema untuk kembali berlakon apabila mendakwa terdapat tawaran yang memerlukannya membuka hijab.

Dalam keadaan tertekan memikirkan sumber pendapatan untuk membesarkan anaknya, Lufya berkata dia banyak berdoa agar dipermudahkan mencari rezeki halal.

Menurutnya, titik perubahan bermula apabila ibunya meminta dia menjual kek durian sebelum dia sendiri belajar membuat kek.

View this post on Instagram

 

Dalam perkongsian berasingan, Lufya turut mengimbas kembali kecaman yang diterimanya selepas bergelar ibu tunggal, termasuk dakwaan dirinya seorang yang materialistik.

Lebih mencuri perhatian, Lufya menjelaskan sebab dia pernah menuntut mutah sebanyak RM1 juta daripada bekas suaminya.

Menurut Lufya, jumlah tuntutan berkenaan dibuat kerana dia mahu mempertahankan dirinya selepas mendakwa berdepan layanan yang tidak adil.

“Saya tuntut Mutaah dengan jumlah besar Kerana saya nak bangkit lawan mereka. Saya tidak mahu lagi dibuli oleh 2 manusia ini.”

Lufya turut berkata keputusan yang diperolehnya sebelum ini memberi makna tersendiri kepadanya meskipun jumlah yang diterima tidak sebesar tuntutan asal.

“Akhirnya saya menang juga walaupun jumlahnya tak banyak tapi cukup membuktikan kezaliman ‘arwah’ dan saya bukan isteri Nusyuz.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Julia farhana2026-08-13 17:28:16

"Dah Tujuh Bulan Tak Jumpa" - Julia Farhana Maklum Dalam Proses Cerai Dengan Che Hafiz

 

The post “Dulu Saya Ditindas Dengan Kezaliman Dan Kecurangan” – Lufya Omar Imbas Fasa Gelap, Dedah Sebab Tuntut Mutaah RM 1 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved