‘Bayar saya RM500, tak berbaloi’ – Kecewa dua tahun tiada tawaran

Entertainment
24 Aug 2026 • 9:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bayar saya RM500, tak berbaloi’ – Kecewa dua tahun tiada tawaran

KUALA LUMPUR – Pelakon Syanie menganggap tawaran bayaran rendah sehingga RM500 sehari tidak berbaloi dengan pengalamannya sebagai seorang pelakon dalam industri seni.

Syanie atau nama lengkapnya Syanie Hisham, 52, menjelaskan jumlah bayaran sedemikian amat tidak wajar memandangkan dia perlu menyediakan sendiri kelengkapan peribadi.

“Saya bukannya nak ‘demand’ tinggi tetapi untuk saya yang dah 30 tahun, saya rasa tak berbaloi.

“Saya kena cari baju saya sendiri, saya kena buat sendiri dan saya pula jenis tepati masa. Kalau mereka suruh saya datang pukul berapa, waktu itu juga saya akan datang.

“Saya akan tunggu sampailah semua selesai. Jadi bagi saya, kalau nak bayar saya RM500 untuk sehari, memang tak berbaloilah,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem Senario Lagi itu tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan apabila sudah dua tahun tidak menerima sebarang tawaran penggambaran.

Meskipun sedih, Syanie memilih untuk bersikap terbuka dan menerima hakikat trend industri hiburan masa kini yang lebih mengutamakan populariti dalam media sosial.

“Kalau nak ikutkan, saya memang sudah dua tahun tiada penggambaran. Bukan tak mahu berlakon, tetapi memang tiada tawaran.

“Sedih itu ada sebab saya dalam industri dah lebih 30 tahun, sejak 1991.

“Tetapi kita kena terima hakikat yang sekarang ini orang tengok jumlah pengikut. Saya menerima hakikat yang mungkin bukan rezeki saya,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Bayar saya RM500, tak berbaloi’ – Kecewa dua tahun tiada tawaran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved