Bayaran SARA Disalur Bermula 9 Disember – BSN

LocalPolitics
29 Nov 2024 • 3:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bayaran SARA Disalur Bermula 9 Disember – BSN

Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan bakal melaksanakan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima bukan dalam senarai eKasih bermula 9 Disember nanti.

Menerusi notis yang dimuat naik di laman Facebook, pembayaran akan dijalankan secara berperingkat kepada mereka yang tergolong dalam kategori isi rumah, bujang dan warga emas yang tidak mempunyai pasangan.

“Pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada BSN.

“Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN,” maklum pihaknya.

Dalam pada itu, mereka yang ingin mendapatkan bantuan SARA secara tunai perlu hadir ke Cawangan BSN berdekatan mengikut tarikh yang telah dijadualkan. Kad pengenalan perlu dibawa bersama bagi tujuan pengesahan.

“Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian SARA,” tambah BSN.

Orang ramai boleh membuat semakan status kelayakan dengan melayari https://bantuantunai.hasil.gov.my atau hubungi talian SARA LHDNM menerusi 1 800-88-2747.

Sementara itu, LHDNM turut memberi peringatan kepada orang ramai agar membuat pengemaskinian maklumat bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Biarpun permohonan dibuka sepanjang tahun, namun bagi mereka yang ingin memohon untuk STR 2025 (Fasa 1), ia perlu dilakukan sebelum tarikh akhir.

“Tarikh akhir permohonan atau pengemaskinian maklumat secara dalam talian bagi kelayakan STR 2025 (Fasa 1) adalah pada 30 November 2024 jam 5 petang,” maklum agensi tersebut.

Kedua-dua permohonan dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat menerusi laman sesawang yang sama.

View Original Article