
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (25 Februari), negara dikejutkan dengan berita kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang dikenali sebagai Hud Aryan Mohd Nor Hafifi di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan.
Kanak-kanak itu dilaporkan hilang kira-kira jam 7.20 malam kelmarin (24 Februari) semasa ibunya berada di dapur selepas menyuapnya makanan.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilakukan di kawasan berkenaan yang turut disertai oleh penduduk di sana untuk mencari mangsa.
Hud Aryan ditemui meninggal dunia
Terbaharu, pencarian Hud Aryan akhirnya berakhir selepas mayat kanak-kanak itu ditemukan tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila pada jam 4.20 petang tadi (26 Februari).
Penemuan mayat Hud Aryan selepas 45 jam dilaporkan hilang dan lokasi penemuan adalah tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Menurut Harian Metro, jurucakap bomba mengesahkan kejadian itu namun belum ada maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.
Memetik Awani pula, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman memaklumkan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan keluarga mangsa diminta ke hospital untuk proses selanjutnya.
“Mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan dibantu oleh orang awam.
“Ketika kejadian, paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut yang mendorong kepada penemuan mangsa,” katanya dipetik Awani.
Ibu anggap kehilangan Hud Aryan sebagai misteri
Terdahulu, Ibu kepada Hud Aryan, Azean Nur Atikah Ramley menganggap kehilangan anaknya itu begitu misteri selain pihak polis juga mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit.
Menurut Azean, anaknya itu boleh hilang dalam tempoh hanya dua hingga tiga minit ketika dia masuk ke dapur.
“Tidak logik Hud Aryan yang baru berusia 19 bulan boleh sampai ke kawasan anak sungai atau masuk ke dalam hutan di tepi serta belakang rumah,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Anggap Kehilangan Hud Aryan Begitu Misteri, Penduduk Kampung Sanggup Ambil Cuti Sertai Misi Pencarian [Video]


![Ramai Puji Kanak-Kanak Prihatin Pujuk Rakan Sekolah Menangis Ketika Tunggu Ibu Bapa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![Ellie Suriaty Menangis Nama Dijadikan Bahan Lawak, Anak Dibuli Kerana Video Parodi Tular [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)