
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini pelakon, Ellie Suriaty menerusi satu sidang media pada 20 Februari lalu telah meminta ibu bapa kepada influencer, Imran Bard untuk memohon maaf kepadanya.
Permohonan maaf itu dituntut oleh Ellie selepas mendakwa namanya tercemar kerana dituduh mengambil barangan terlarang dalam satu video parodi yang dimuat naik oleh influencer berkenaan.
Susulan daripada perkara itu, Imran Bard kemudiannya tampil memohon maaf dan memaklumkan ibunya tidak dapat tampil untuk melakukan perkara yang diinginkan oleh Ellie kerana berada dalam keadaan tidak sihat.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Minta Maaf Makcik”- Ini Respon Imran Bard Selepas Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapanya Mohon Maaf
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty Tetap Mahu Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf, Sanggup Melawat Di Hospital
Ellie Suriaty sedih nama dijadikan bahan lawak
Terbaharu, Ellie Suriaty meluahkan rasa sedih apabila namanya dijadikan sebagai bahan lawak selain menerima kecaman di media sosial.
Menurut Ellie, dua orang anaknya yang berusia 21 dan 16 tahun turut dikecam oleh netizen
Ellie juga menyifatkan emosi anaknya turut terganggu khususnya apabila berdepan dengan orang ramai.
“Saya baca komen netizen dan segalanya di dalam itu semuanya negatif, ramai yang mengatakan saya patut berterima kasih kepada Imran kerana menaikkan semula nama saya sebab sudah ‘sendu’ tapi kalau betul kenapa guna nama saya.
“Sekarang ini saja kena siber buli dalam perkongsian video saya meraikan sambutan hari lahir anak lelaki saya, dalam video itu netizen masuk secara ramai-ramai dan buli saya… itu adalah bahagian privasi saya dengan anak-anak.
“Bila mereka (netizen) serang dalam video itu memang sakit untuk saya sebab mereka mengejek, netizen tak faham sebab netizen tak kerja selama 30 tahun bina nama bukannya satu yang mudah,” ujarnya kepada mStar.
Anak ada cuba hubungi Imran tetapi gagal
Ellie turut memaklumkan anak lelakinya juga ada menghubungi influencer berkenaan menerusi TikTok namun tidak berjaya kerana tidak dilayan oleh Imran.
“Anak saya ada hubungi dia (Imran) sebab nak tahu apa yang berlaku dan kenapa buat macam tu tapi tidak dibalas mesej tersebut,” katanya lagi.
Menerusi sesi temuramah yang dilakukan, aktres wanita itu memberitahu dia mengetahui perkara tersebut sewaktu sedang membuat penggambaran untuk satu filem pendek.
Namun ketika di waktu rehat secara tiba-tiba ada seseorang menunjukkan video terbabit kepadanya.
“Saya terganggu dan terus termenung kerana perkataan kacip itu sangat negatif. Anak saya bangun untuk pergi sekolah dan dia tengok video itu, dia terus menangis,” katanya.
Malah dia turut memaklumkan kepada anak perempuannya akan menyelesaikan isu terbabit.
Source:



