Bayi 30 hari meninggal dunia di pusat jagaan berpantang

LocalFamily & Parenting
11 Sep 2024 • 8:05 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Bayi lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang bertugas di sebuah pusat jagaan berpantang pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud laporan mengenai bayi berusia 30 hari itu diterima pada jam 5.30 pagi.

Laporan tersebut katanya, diterima berkaitan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Kota Bharu Medikal Center (KBMC) untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Susulan itu, suspek yang merupakan jururawat berusia lingkungan awal 20-an ditahan petang semalam (Selasa).

“Suspek yang berusia lingkungan awal 20-an dan masih bujang itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan permohonan tahanan reman pada Rabu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian