Bayi Usia Sebulan Maut Tercekik Susu Diberikan Jururawat

LocalFamily & Parenting
11 Sep 2024 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang bayi lelaki berusia 30 hari dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu pada Isnin lalu.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud di mana pihak mereka menerima laporan kejadian sekitar jam 5.30 pagi.

Difahamkan, pihak polis telah menerima satu laporan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi berkenaan.

Hasil siasatan mendapati mangsa tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh seorang jururawat yang ditugaskan menjaga bayi berkenaan.

image is not available

image is not available

Mangsa kemudian dibawa ke Kota Bharu Medikal Center (KBMC) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Berikutan, seorang wanita berusia awal 20-an dan masih bujang itu telah ditahan dan dibawa ke Mhakmah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan permohonan tahanan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2011 dan siasatan masih diteruskan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Rajin Ke Surau Untuk Solat Berjemaah, Mungkin Asbab Rangka Mayat Warga Emas Tiada Bau Busuk" - Jiran