Bayi 4 Bulan Didera, Tempurung Kepala Retak Dan Koma Lepas Didera Pengasuh Di Terengganu

10 Jan 2023 • 5:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bapa bertugas pegawai kesihatan terkejut bayinya berusia 4 bulan cedera sehingga koma

Bayi 4 Bulan Didera, Tempurung Kepala Retak Dan Koma Lepas Didera Pengasuh Di Terengganu. Anak didera pengasuh adalah antara sebab ibu bapa tak sampai hati nak tinggalkan anak di bawah jagaan pengasuh dan kejadian sebegini adalah antara punca ibu bapa menjadi semakin paranoid.

Kes terjadi di Terengganu apabila seorang bapa yang bertugas sebagai pegawai kesihatan terkejut apabila beliau mendapati bayi lelakinya yang baru berusia 4 bulan cedera di bahagian kepala. Malah sehingga masa ini, bayi beliau masih dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah.

image is not available
Bayi 4 Bulan Didera, Tempurung Kepala Retak Dan Koma Lepas Didera Pengasuh Di Terengganu. Gambar sekadar hiasan: Utusan Malaysia

Laporan yang dilaporkan oleh bapa bayi, terdapat pendarahan dalam otak dan keretakan tempurung kepala pada bayinya dan 3 pengasuh wanita ditahan reman

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, pihak mereka telah menerima laporan daripada bapa bayi tersebut dan menurut bapa bayi juga terdapat berlakunya pendarahan dalam otak. Bukan itu sahaja, tempurung kepala bayi tersebut juga didapati retak.

Selepas menerima laporan tersebut, pihak polis bergegas melakukan tahanan keatas 3 orang pengasuh wanita yang bertugas di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) kerana dipercayai terbabit dalam kes deraan bayi lelaki 4 bulan berkenaan.

Hasil tahanan, ketiga-tiga suspek telah diberi peluang untuk mengutarakan keterangan masing-masing dan mereka menafikan kejadian. Tetapi, keterangan mereka sangat meragukan.

image is not available
Bayi 4 Bulan Didera, Tempurung Kepala Retak Dan Koma Lepas Didera Pengasuh Di Terengganu. Sumber gambar: BH ONLINE

Disamping itu, melalui pemerhatian daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di taska berkenaan, pihak polis mendapati bahawa suspek ada memukul kepala bayi tersebut menggunakan tangan. Kesannya, mangsa mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala.

Ketiga-tiga suspek terbabit akan terus direman selama 6 hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau akan dipenjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sampai hati betul dera anak orang macam tu. Memang patut dikenakan hukuman yang setimpal sebab dah bertindak kejam keatas bayi.

Untuk membaca cerita menarik yang lain, boleh baca cerita tersebut dalam artikel di bawah: