Bayi 5 Bulan Terkapai-Kapai Muka Tertindih Bantal, Pengasuh Sibuk Main Phone

LocalFamily & Parenting
10 Sep 2024 • 1:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bayi 5 bulan

Apa nak jadi dengan pengasuh zaman sekarang? Tular satu video rakaman CCTV menunjukkan seorang bayi 5 bulan terkapai-kapai lebih 20 saat selepas tertindih bantal secara tidak sengaja.

Pengasuh yang ada berdekatan bayi itu dilihat sibuk bermain telefon bimbit tanpa melihat apa yang terjadi pada bayi itu.

Syukur bantal tersebut teralih sendiri disebabkan pergerakan yang dilakukan bayi itu. Hal itu membuatkan bapa bayi itu, Zal Suhaimi membawa anaknya ke Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Bapa mangsa juga mengesahkan bayi tersebut adalah anaknya yang bernama Muhammad Al-Fateh berusia 5 bulan. Kebetulan namanya sama dengan bayi yang meninggal dunia sebelum ini.