“Slumber je kau main fon” – Bapa Dedah Rakaman CCTV Anak Hampir Lemas Tertindih Bantal Sebab Pengasuh

Entertainment
10 Sep 2024 • 11:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi dilema kepada ibu bapa apabila ada sahaja timbul kes penderaan kanak-kanak ketika berada di pusat jagaan.

Kita baru sahaja menerima berita kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang dikenali sebagai Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri selepas lima hari dihantar ke sebuah taska di Melaka.

Anak hampir lemas tertindih bantal

Terbaharu, tular satu rakaman CCTV yang dikongsikan oleh seorang bapa mengenai sikap tidak bertanggungjawab seorang pengasuh di sebuah taska di Besut, Terengganu ketika menjaga anaknya.

Menerusi rakaman CCTV itu, kelihatan anak lelakinya yang dipercayai berusia lima bulan dilihat hampir lemas dan terkapai-kapai kerana tertindih bantal.

Mujur, tiada perkara buruk yang terjadi memandangkan bantal terbabit teralih daripada wajah anaknya.

Pun begitu, bapa bayi ini meluahkan rasa bengang kerana pengasuh berdekatan tidak menoleh melihat anaknya kerana sedang bermain telefon ketika kejadian berlaku.

“Slumber je kau main telefon, nasib panjang umur anak aku,” tulisnya.

@zal_suhaimi

Slumber jer kau main fon,nasib panjang umur anak aku..#taskaviralbesut #besut #taskaviral #terengganu

♬ original sound – zal suhaimi – zal suhaimi

Taska sudah berdaftar tapi…

Menerusi video berasingan, dia menyatakan taska yang terletak di Besut merupakan taska berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Namun, tidak disangka hal-hal yang merisaukan ibu bapa turut terjadi walaupun kamera litar tertutup dipasang dalam pusat jagaan.

“Aku ingat taska dah berdaftar dengan JKM, ada pula CCTV, okay lah. Rupanya…. anak aku umur lima bulan pun kau tampar, kau tunggu,” tulisnya.

image is not available

Difahamkan, dia sudah pun membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Dalam hantaran lain, dia memaklumkan ada bersama pengawai penyiasat membawa bayinya ke Hospital Besut bagi pemeriksaan lanjut. Dalam pada itu, dia juga berharap kes ini mendapat keadilan sewajarnya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.