Bayi Baru Lahir Diberi Nama Zara Qairina, Satu Wad Sebak – “Semua Tadah Tangan Doakan”

LocalFamily & Parenting
21 Aug 2025 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kelahiran seorang bayi telah menyentuh hati dan mencetuskan rasa sebak di dalam wad bersalah sebuah hospital kerajaan baru-baru ini.

Hal itu dikongsikan oleh jururawat yang bertugas di hospital tersebut, Norazlina tentang bayi berkenaan yang dinamakan Zara Qairina.

Kongsi Norazlina yang membahasakan dirinya sebagai Misi Konah itu, semua jururawat yang berada di wad berkenaan berasa sebak apabila mendapat tahu nama yang dipilih oleh ibu bayi berkenaan.

Acik Misi Konah terharu semalam, sebab bila tanya mak, siapa nama anak ini. Mak cakap, Zara Qairina, sempena nama pelajar sekolah agama yang meninggal di Sabah bulan lalu.

image is not available

Semua jururawat sebak

Kerana terharu dengan nama bayi itu, Misi Konah kemudian membawa Zara Qairina dan memperkenalkannya kepada semua jururawat lain yang bertugas.

Acik Misi Konah punyalah terharu bukan kepalang, sampai dia usung Zara jumpa semua acik-acik misi dalam MCH. Bila diperkenalkan nama Zara sebagai Zara Qairina, semua acik-acik berbaju putih, biru terang, biru gelap itu serta merta menadah tangan.

Dalam pada itu, kisah kesusahan ibu bayi Zara Qairina itu sepanjang mengandungkannya turut meruntun hati ramai yang membaca.

Difahamkan, wanita berkenaan hidup susah malam perlu berjalan kaki setiap kali temu janji dan pemeriksaan di klinik kesihatan.

image is not available

Perkongsian Norazlina turut mencuri perhatian ramai pengguna Facebook lain yang turut mendoakan dan terharu dengan tindakan ibunya memberi nama Zara Qairina.

image is not available 2025-08-21 14:06:02

"Jangan Nyatakan 'Justice For Zara' Kalau Kamu Sendiri Seorang Pembuli" - Allan Andersn