Bayi baru lahir ditemui dalam kotak di hentian bas

31 Oct 2022 • 8:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan baru dilahirkan, ditemukan di dalam kotak di sebuah hentian bas berhadap sebuah pangsapuri di Jalan SB Indah 2, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan, berkata bayi yang hanya dibaluti sehelai kain itu ditemukan seorang lelaki tempatan dan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu pada jam 9.25 pagi.

“Bayi lelaki berkenaan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata usaha untuk mengesan saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran sedang giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved