Bayi Baru Lahir Ditemukan Di Surau

LocalFamily & Parenting
29 Aug 2024 • 5:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bayi Baru Lahir Ditemukan Di Surau

NILAI, 29 Ogos (Bernama) — Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung penemuan bayi terbabit kira-kira 8.14 malam.

“Siasatan awal mendapati seorang individu tidak dikenal pasti telah meletakkan bayi lelaki itu di atas sofa surau berkenaan pada waktu maghrib dan beredar dari surau dengan menaiki kenderaan.

“Bayi dianggarkan baru lahir dalam tiga hari itu dalam keadaan baik, tiada kesan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA