
PAPAR: Seorang bayi baru lahir ditinggalkan di bawah sebuah rumah di Kampung Sapat, di sini, petang Selasa lepas.
Bayi itu ditemukan di atas tanah dalam keadaan tanpa pakaian dan dalam keadaan kesejukan oleh seorang lelaki berusia 52 tahun, yang merupakan pemilik rumah itu, selepas mendengar tangisan berterusan sekitar jam 4 pagi.
Ketua Polis Daerah DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, pada mulanya lelaki itu yang ingin ke tandas pada waktu subuh terdengar tangisan bayi dari bawah rumahnya dan membuat pemeriksaan.
“Dia terus menuju ke arah punca bunyi tangisan itu dan mendapati seorang bayi ditinggalkan di atas tanah dalam keadaan bogel. Dia segera memanggil isterinya untuk membawakan tuala untuk membungkus tubuh bayi itu,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Susulan kejadian ini, lelaki itu segera memaklumkan kepada polis sebelum bayi berkenaan dihantar ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut.
Kamaruddin berkata, hasil pemeriksaan kemudian mendapati kanak-kanak itu dilahirkan normal dan kurang 24 jam sebelum ditemukan.
“Kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil dan telah dimasukkan ke hospital,” katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kes itu. Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah telah dimaklumkan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan Pendedahan dan pembuangan kanak-kanak bawah dua belas tahun oleh ibu bapa atau orang yang menjaganya.
“Kami menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkaitan membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Noor Azura Linggisan di talian 016-8262067,” katanya.
Dipercayai, itu adalah kes pembuangan bayi ketiga di Sabah dalam tempoh seminggu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


