Bayi baru lahir, masih bertali pusat dicampak dari kondominium

9 Mar 2024 • 8:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari sebuah kondominium dekat Sri Petaling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kes itu daripada orang awam pada jam 2.30 petang.

“Bayi itu dipercayai dicampak dari atas bangunan sebuah kondominium di Sri Petaling mengakibatkan bahagian kepalanya pecah.

“Siasatan awal mendapati bayi itu baru sahaja dilahirkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu. - 9 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved