Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia Hari Pertama Di Pusat Asuhan, Ahli Keluarga Tuntut Keadilan

7 Mar 2024 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan tidak sedarkan diri semasa berada di sebuah pusat asuhan di Setia Alam, pada Isnin.

Menurut laporan polis, bayi tersebut dihantar pertama kali oleh bapanya kira-kira pukul 8.30 pagi, namun kira-kira dua jam kemudian bapa mangsa menerima panggilan daripada pengurus pusat asuhan terbabit yang mengatakan mangsa tidak sedarkan diri.

image is not available

“Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam namun disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.

“Keputusan bedah siasat adalah ‘pending laboratory investigation’. Pemeriksaan ke atas mangsa juga dapati tiada mempunyai sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman,” kata polis.

Polis juga memaklumkan sudah merakam percakapan pengasuh dan pekerja pusat asuhan. Manakala keterangan ibu bapa mangsa diambil selepas urusan pengebumian selesai.

Ahli keluarga tuntut keadilan

Sebuah hantaran yang dimuat naik ahli keluarga mangsa di Facebook meluahkan rasa terkilan dengan kejadian yang berlaku.

Dakwanya, pusat asuhan terbabit masih beroperasi seperti biasa walaupun kes kematian bayi berkenaan dalam siasatan.

Menurut ahli keluarga mangsa, bayi berkenaan meninggal dunia kerana dipercayai tersedak susu namun hasil pemeriksaan tidak menunjukkan bayi tersedak.

image is not available

Semoga ada keadilan buat keluarga mangsa…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.