Bayi berusia 11 bulan ditemukan maut terlangkup dalam baldi

LocalFamily & Parenting
27 May 2026 • 8:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bayi berusia 11 bulan ditemukan maut terlangkup dalam baldi
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas ditemukan terlangkup dalam sebuah baldi berisi air di halaman belakang sebuah rumah di Jalan Sri Permata Ladang semalam - Foto hiasan. - Gambar kecil (Mohd Yatim)

SEREMBAN - Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan meninggal dunia selepas ditemukan terlangkup dalam sebuah baldi berisi air di halaman belakang sebuah rumah di Jalan Sri Permata Ladang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.22 malam.

"Ketika kejadian mangsa dijaga neneknya bermula jam 9 pagi sementara ibu bapanya keluar bekerja. Kira-kira 2.30 petang, mangsa tidur di dalam buaian sementara neneknya memasak dan menjemur pakaian sebelum wanita itu menyedari bayi berkenaan tiada di dalam buaian.

"Hasil pencarian mendapati mangsa ditemukan berada dalam keadaan terlangkup di dalam sebuah baldi yang mengandungi sedikit air sabun dengan kepala berada di bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayi itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja'afar dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 4.30 petang.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada awal pagi tadi namun punca kematian masih belum diperolehi kerana menunggu keputusan ujian makmal.

Mohd Yatim berkata, susulan itu, polis menahan seorang wanita tempatan berusia 54 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Sinniah Rajoo di talian 06-6033222 bagi membantu siasatan. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved