Bayi Maut Tersedak Susu, Tiada unsur Dera Atau Pengabaian – Polis

25 Jul 2023 • 5:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bayi Maut Tersedak Susu, Tiada unsur Dera Atau Pengabaian – Polis

MELAKA, 25 Julai (Bernama) — Polis mengesahkan menerima laporan kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Perumahan Awam Ayer Molek, Duyong, di sini kira-kira 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata tiada unsur penderaan atau pengabaian dikesan, namun siasatan masih dijalankan sehingga mendapat laporan penuh bedah siasat.

“Untuk itu, pengasuh wanita berusia 34 tahun itu tidak ditahan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ibu bapa bayi berkenaan mendapat berita daripada pengasuh tersebut yang memberitahu anak sulung mereka itu tidak sedarkan diri dengan badan sudah kebiru-biruan dan dihantar ke klinik berhampiran oleh pengasuh itu sebelum dibawa ke Hospital Melaka.

Menurutnya pihak Hospital Melaka kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia dan belum dapat mengesahkan punca kematian kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.

Bayi perempuan berusia enam bulan mati dipercayai didera pengasuh

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia akibat disyaki didera ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Taman Tawas Indah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata bayi malang itu menghembuskan nafas terakhir petang semalam di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dua hari berada dalam keadaan koma.

“Bayi itu dibawa ke hospital oleh pengasuhnya pada Rabu lalu dengan menggunakan ambulans selepas dilihat berada keadaan tidak bermaya,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: BERNAMA