Bayi maut tersedak susu tiada unsur dera, pengabaian

25 Jul 2023 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

MELAKA, 25 JULAI: Polis mengesahkan menerima laporan kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Perumahan Awam Ayer Molek, Duyong, di sini jam 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata tiada unsur penderaan atau pengabaian dikesan, namun siasatan masih dijalankan sehingga mendapat laporan penuh bedah siasat.

“Untuk itu, pengasuh wanita berusia 34 tahun itu tidak ditahan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ibu bapa bayi berkenaan mendapat berita daripada pengasuh tersebut yang memberitahu anak sulung mereka itu tidak sedarkan diri dengan badan sudah kebiru-biruan dan dihantar ke klinik berhampiran oleh pengasuh itu sebelum dibawa ke Hospital Melaka.

Menurutnya Hospital Melaka kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia dan belum dapat mengesahkan punca kematian kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved