“Bayi Nangis Teresak-Esak, Suspek Heret Mangsa Dalam Keadaan Berlumuran Darah” – Jiran Mangsa

5 Jul 2022 • 11:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Jiran kepada mangsa yang dibunuh oleh suami ‘bogel’ menunggang motosikal semalam mengalami trauma kerana melihat mangsa diheret dalam keadaan berlumuran darah.

Menerusi laporan Kosmo, jiran mangsa, Mohd. Noor Haikal Ahmad Zaini mengatakan dia berada berhampiran lokasi kejadian kerana sedang menunggu abangnya untuk pergi ke sekolah.

Suspek heret wanita keluar daripada rumah

image is not available
Mohd. Noor Haikal Ahmad Zaini (Foto: Kosmo)

Semasa menunggu abangnya, dia terdengar suara jeritan lelaki dan kemudian ternampak suspek mengheret wanita keluar daripada rumah mereka.

Dua kali dia menjerit namun saya tidak dengar apa yang dijeritkan itu.

Tidak lama kemudian, saya nampak suspek mengheret mangsa yang kelihatan sudah tidak bergerak, tetapi saya tidak tahu sama ada dia masih bernyawa atau tidak ketika itu.

Kemudian suspek masuk kembali ke dalam rumah dan keluar bersama bayi pula yang sedang menangis teresak-esak ketika itu.

Namun, Mohd Noor menyatakan dia tak nampak suspek membunuh bayi tersebut kerana abangnya terus meninggalkan tempat kejadian, bimbang jika ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Allahuakbar, semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua untuk terus berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media