Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

28 Jul 2026 • 3:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

KUALA LUMPUR - Jemaah dan penduduk berhampiran Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut, dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam sebuah beg kain di pekarangan masjid itu awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada jam 5.25 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu ditemukan seorang awam di kawasan pekarangan masjid.

“Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan ketika ditemukan masih mempunyai tali pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Rozaime berkata, pemeriksaan awal oleh pihak perubatan mendapati bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan atau meninggalkan kanak-kanak.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 28 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved