Bayi perempuan bertali pusat dijumpai di pekarangan masjid

28 Jul 2026 • 12:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bayi perempuan bertali pusat dijumpai di pekarangan masjid

BESUT: Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa ditemukan di pekarangan Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, bayi berkenaan ditemukan orang awam kira-kira pukul 5.25 pagi sebelum dimaklumkan kepada polis.

“Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih bertali pusat. Bayi ini disahkan berada dalam keadaan sihat dan dibawa ke Hospital Besut  untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. 

Mohd. Rozaime berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 317 kanun keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6959999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

 

The post Bayi perempuan bertali pusat dijumpai di pekarangan masjid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved