Bayi Perempuan Maut Selepas Terkunyah Wayar Pengecas Mudah Alih

Entertainment
3 Aug 2023 • 5:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di Bengaluru, India, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan maut selepas terkena renjatan elektrik.

Memetik laporan Gulf News, bayi yang bernama Sanidhya Kalgutkar itu dipercayai maut selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.

Pihak polis berkata pengecas mudah alih itu dibiarkan dalam keadaan ia masih bersambung pada soket tanpa dimatikan suis.

image is not available

Pada awalnya, bayi berkenaan memegang dan mengunyah pin wayar pengecas itu sebelum maut akibat terkena renjatan elektrtik.

Susulan perkara itu berlaku, ahli keluarga dengan pantas membawa Sanidhya ke hospital daerah namun, pihak hospital gagal untuk menyelamatkan mangsa.

Pihak polis kini membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian mangsa.

Kredit: Gulf News

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7260019519190584578?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved