Padah Lupa Matikan ‘Charger’, Bayi Lapan Bulan Maut Lepas Kunyah Wayar Pengecas Telefon Bimbit

3 Aug 2023 • 7:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kelalaian membawa padah, salam takziah diucapkan

Padah Lupa Matikan ‘Charger’, Bayi Lapan Bulan Maut Lepas Kunyah Wayar Pengecas Telefon Bimbit. Malang nasib bayi lapan bulan di Bengaluru, India, yang meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas mengunyah wayar pengecas mudah alih.

Gulf News melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Siddarada, Karwar taluk di daerah Uttara Kannada di Karnataka pada Rabu.

image is not available
Padah Lupa Matikan ‘Charger’, Bayi Lapan Bulan Maut Lepas Kunyah Wayar Pengecas Telefon Bimbit. Kredit: Harian Metro

Gara-gara suis lupak dimatikan

Mendiang Sanidhya Kalgutkar adalah anak perempuan Santhosh Kalgutkar dan Sanjana Kalgutkar.

Menurut polis, pengecas mudah alih dibiarkan dalam keadaan disambungkan ke soket dengan suis itu tidak dimatikan.

image is not available

Bayi yang memegang wayar pengecas mula mengunyah pin wayar pengecas mudah alih dan terkena renjatan elektrik.

Ahli keluarga yang menyedari insiden itu dengan segera membawa Sanidhya ke hospital daerah.

Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

Bapanya, Santhosh Kalgutak yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Syarikat Bekalan Elektrik Hubballi (Hescom) rebah di tempat kerja selepas mengetahui kejadian itu.

image is not available

Dia dimasukkan ke hospital, manakala mayat bayi perempuan itu dipindahkan ke bilik mayat.

Difahamkan, Sanidhya adalah anak ketiga pasangan itu.

Susulan kematiannya, polis mendaftarkan satu kes dan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

Baca lagi artikel menarik: