
Suami Isteri Terkejut Lihat Keadaan Wang Dalam Tabung Untuk Tunaikan Haji Selepas Banjir Lumpur
Sepasang suami dan isteri di wilayah Aceh, Indonesia terkejut apabila menemui tabung berisi wang tunai yang disimpan untuk menunaikan haji selepas rumah mereka dilanda banjir lumpur, lapor portal Lambe Turah.
Menerusi video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mega.mustika283 menunjukkan seorang wanita sedang mencangkung sambil membuka sampul surat yang berselerak di atas tanah.
Walaupun sampul surat itu basah dan diliputi lumpur, wang kertas di dalamnya tidak koyak. Wanita tersebut kemudian membasuh setiap wang di dalam baldi yang berisi air.
Difahamkan, wang yang ditemui akan digunakan untuk keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula bagi membantu keluarga mereka bangkit kembali selepas banjir.
Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Aceh pada minggu lalu menyebabkan beribu-ribu rumah rosak dengan akses menerima bantuan terputus akibat jalan yang ditenggelami air.
BACA: Wanita Minta Sunting Gambar Bersama Arwah Anak, Hasilnya Buat Netizen Sebak
BACA: “Tak Pernah Rasa Bosan,” Lelaki Indonesia Akui Sering Ke Malaysia Sebab Perkara ‘Ini’
@mega.mustika283 alhamdullilah dapat
Sumber: Lambre Turah
The post Suami Isteri Terkejut Lihat Keadaan Wang Dalam Tabung Untuk Tunaikan Haji Selepas Banjir Lumpur appeared first on Siakap Keli.


