Lelaki diserang beruang stabil, masih guna alat bantu pernafasan

11 Sep 2024 • 1:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.

KOTA BHARU - Lelaki yang parah diserang beruang dalam kejadian di Kampung Dalam Senduk di Jerek, Gua Musang pada Ahad lalu kini stabil.

Bagaimanapun, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, masih perlu menggunakan alat bantuan pernafasan dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di sini.

Menurut adiknya, Siti Jamilah, 22, abangnya yang merupakan anak kelima daripada sembilan adik beradik itu sudah sedarkan diri tetapi masih lemah.

"Setakat ini kami masih belum dapat bercakap dengannya. Kami berharap dia akan cepat sembuh," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Ujar Siti Jamilah, sehingga sekarang mereka sekeluarga masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Dia memberitahu, sebelum ini hanya mendengar percakapan orang kampung berkenaan kewujudan beruang di kawasan berkenaan.

"Tidak sangka pula ia menyerang abang. Sudah menjadi hobinya memikat burung di kawasan berkenaan," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, seorang lelaki parah selepas diserang seekor beruang ketika melakukan aktiviti memikat burung di hutan berhampiran Kampung Dalam Senduk di Jerek dekat sini.

Muhamad Zaki mengalami luka di bahagian kaki dan kepala akibat cakaran haiwan liar terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, pada jam 9.57 malam pihaknya telah menerima aduan daripada seorang lelaki memaklumkan anak lelakinya telah diserang haiwan liar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved