“Bayinya sudah keluar” – Jururawat Buat Live & Sempat Baca Komen Masa Jahit Pesakit Bersalin Czer

Entertainment
29 May 2025 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua orang jururawat dikecam teruk kerana membuat live session di TikTok ketika sedang bertugas. Rakaman yang tular itu menunjukkan 2 orang jururawat lelaki berada di dalam dewan bersalin.

Apa yang mengejutkan lagi, mereka juga memaparkan proses menjahit luka seorang pesakit yang baru sahaja selesai melahirkan bayi menerusi pembedahan caesarean (czer).

Dalam siaran yang sama, jururawat itu telah mendedahkan jantina bayi yang baru dilahirkan sambil membaca komen-komen netizen.

“Bayinya sudah keluar, Tinggal jahit saja, Anak lelaki.”

image is not available

Bahkan, jururawat tersebut dengan yakin mengatakan bahawa tindakannya tidak salah memandangkan wajah pesakit tidak kelihatan. Menurut sumber, kejadian itu dikatakan berlaku di Jombang, Indonesia.

Susulan dengan kejadian itu, dua jururawat tersebut telah dipecat pada Rabu lepas atas kesalahan melanggar kod etika pekerjaan.

Pengarah Hospital PKU Muhammadiyah Mojoagung, Dr Dwi Rizki Wulandari telah mengesahkan kedua-dua jururawat itu merupakan petugas pusat perubatan tersebut.

Pesannya lagi, semua petugas harus lebih bijak untuk menggunakan media sosial. Kepercayaan pesakit adalah sesuatu yang amat berharga dan perlu dipelihara dengan penuh tanggungjawab.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.